Fahmi anggap keputusan Wong Chen keluar PKR, sertai BERSAMA sebagai haknya
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan keputusan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen menyertai Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) dan meninggalkan PKR sebagai hak individu berkenaan.
“Oh itu hak dia,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangam Penajaan Rakan Strategik Sambutan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, di sini hari ini.
Terdahulu, Wong Chen sah menyertai BERSAMA berkuat kuasa hari ini dengan diberi tanggungjawab menyelia penyediaan kertas dasar parti itu.
Dalam kenyataan bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab memaklumkan, Wong Chen telah membuat permohonan keahlian secara dalam talian dan akan diproses mengikut peraturan keahlian parti.
Menurut mereka, Wong Chen yang menjadi Ahli Parlimen sejak 2013 akan bertanggungjawab menyelia persediaan kertas-kertas dasar BERSAMA.
Pada Isnin lalu, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa pukul 5 petang.
Menurut Wong Chen, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








