JENAYAH & MAHKAMAH

Mayat remaja lemas di Sungai Kelantan ditemukan selepas 15 jam

KUALA KRAI – Mayat seorang daripada dua remaja yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Kelantan, Kampung Batu Lada, Aur Duri di sini, ditemukan pagi ini selepas hampir 15 jam operasi pencarian dijalankan.

Mayat Luth Naiman Mohd Noraziron, 14, ditemukan kira-kira pukul 9.10 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Khairul Duha Ab Halim berkata, operasi pencarian di permukaan bermula pada pukul 7.57 pagi sebelum anggota PPDA melakukan selaman pertama kira-kira 43 minit kemudian.

“Mayat mangsa ditemukan sejauh 100 meter dari lokasi remaja itu lemas kira-kira 30 minit kemudian,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Semalam, lima sekawan yang mandi-manda di kawasan Sungai Kelantan berdepan detik cemas apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas dalam kejadian di Kampung Batu Lada, Aur Duri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Mohd Rayyan Hakimi dan Luth Naiman, masing-masing berusia 14 tahun, dipercayai lemas ketika berada di sungai berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa masih dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button