Hutan berbukit seluas 2.83 hektar berhampiran IPD Sepang terbakar
SEPANG – Satu kawasan hutan berbukit seluas kira-kira 2.83 hektar berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dilaporkan terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.28 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA dengan bantuan BBP Sepang segera digerakkan ke lokasi melibatkan seramai 14 anggota bersama masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan Water Tanker.
“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan kawasan hutan berbukit bersebelahan IPD Sepang dengan anggaran keluasan kira-kira tujuh ekar atau 2.83 hektar.
“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan dan ketua balai telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, rakaman video kejadian itu tular di media sosial selepas dikongsikan oleh beberapa pengguna yang berada berhampiran lokasi kebakaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















