PRN Negeri Sembilan: Polis buka kertas siasatan dakwaan calon beri sogokan
SEREMBAN – Polis membuka satu kertas siasatan terhadap seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kerana didakwa memberi sogokan kepada pengundi.
Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, siasatan dibuat susulan laporan daripada seorang lelaki berusia 72 tahun, semalam.
“Pengadu membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa bahawa seorang calon (didakwa calon bagi DUN) Labu telah memberikan sogokan kepada para pengundi.
“Pengadu percaya perbuatan tersebut boleh disifatkan sebagai perbuatan membeli undi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Beliau turut menambah, sepanjang tempoh 18 hingga 29 Julai, sebanyak 80 laporan polis diterima dengan 23 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















