Alif Rakib tunai janji rangkul gelaran dunia ONE Championship, bawa pulang bonus lebih RM204,000
BANGKOK – Atlet Muay Thai negara, Alif Rakib, meluahkan penghargaan kepada penyokong Malaysia selepas berjaya merangkul gelaran juara dunia ONE Championship di Stadium Lumpinee, Bangkok.
Alif berkata, kejayaan tersebut merupakan janji yang ditunaikannya untuk membawa pulang tali pinggang kejuaraan dunia kepada Malaysia, sambil mendedikasikan kemenangan itu kepada bapanya.
“Terima kasih kepada orang Malaysia yang datang sokong di Stadium Lumpinee. Aku dah janji nak bawa balik tali pinggang ini ke Malaysia,” katanya.
Selain merangkul tali pinggang kejuaraan, kemenangan itu turut menghadiahkan Alif bonus kemenangan sebanyak AS$50,000 (kira-kira RM204,565).
Selepas kejayaan itu, Alif dijadual berdepan juara dunia strawweight Muay Thai, Prajanchai PK Saenchai, dalam aksi penyatuan gelaran sebaik juara berkenaan kembali daripada kecederaan.
Terdahulu Alif Rakib atau nama sebenarnya, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara dunia interim Muay Thai Strawweight ONE Championship selepas menewaskan wakil Thailand Sam-A Gaiyanghadao, hari ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, atlet berusia 22 tahun itu menamatkan saingan ke atas bekas juara dunia dua kategori ONE Championship itu menerusi kemenangan knockout pada pusingan kelima.
Kejayaan itu sekaligus menyaksikan Alif Rakib melakar pencapaian terbesar dalam kariernya dan muncul antara petarung negara paling berjaya di pentas ONE Championship.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















