BERITA SEMASA

Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia akibat komplikasi penyakit autoimun

KUALA LUMPUR – Pelakon Lydia Ibtisam meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara hari ini selepas bertarung dengan komplikasi penyakit autoimun.

Berita pemergian Allahyarham disahkan rakan baiknya yang juga pelakon, Mimi Ernida menerusi satu hantaran di Threads.

“Assalamualaikum. Nur Ibtisam binti Abdul Wahab (Lydia Ibtisam) baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Terdahulu, suami Allahyarham, Ezam Merican memohon orang ramai mendoakan kesihatan isterinya yang berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Menurut Ezam, Lydia, 46, menghidap penyakit autoimun yang telah menyerang buah pinggang selain mengalami jangkitan virus pada bahagian perut, paru-paru dan darah.

Sementara itu, penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia, Elliza Razak turut mengesahkan berita pemergian sahabat baiknya itu menerusi InstaStory.

Terdahulu, Elliza memaklumkan keadaan Lydia semakin kritikal akibat komplikasi penyakit autoimun serta jangkitan kuman yang menjejaskan fungsi beberapa organ dalaman.

Katanya, Allahyarham telah beberapa kali menerima rawatan di hospital sebelum keadaan kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini.

Allahyarham Lydia Ibtisam atau nama sebenarnya Nur Ibtisam Abdul Wahab dikenali menerusi lakonannya dalam drama Impian Illyana serta beberapa drama televisyen lain sepanjang pembabitannya dalam industri seni tanah air.

Allahyarham meninggalkan suami dan dua orang cahaya mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button