Network School diarah tutup, lesen perniagaan dibatal serta-merta
JOHOR BAHRU – Pihak berkuasa tempatan Johor mengarahkan operasi Network School di Forest City, ditutup serta-merta.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengeluarkan arahan penutupan dan pembatalan lesen perniagaan terhadap komuniti teknologi itu selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan dan dapatan penguatkuasaan.
Jelas beliau, kerajaan Johor sentiasa mengalu-alukan pelaburan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pembangunan negeri.
“Bagaimanapun, tiada mana-mana pelabur, syarikat atau organisasi boleh diletakkan mengatasi kedaulatan undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Kontroversi berhubung Network School yang dilancarkan pada 2024 tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mempersoalkan program itu di Forest City dengan mendakwa ia menarik usahawan asing, termasuk warga Israel yang menggunakan pasport negara kedua.
Antara dakwaan tular ialah soalan temu duga kepada bakal peserta yang menyentuh isu berkaitan Israel, teknologi ketenteraan dan politik, selain dakwaan inisiatif itu berpotensi menjadikan Forest City sebagai lokasi pertemuan usahawan mempunyai kaitan dengan Tel Aviv.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















