HIBURAN

Bella Astillah, Syed Saddiq bertemu Tun M, terima nasihat hidup berumah tangga

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi detik istimewa apabila beliau bersama tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menerima nasihat mengenai kehidupan berumah tangga.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, menyifatkan pertemuan itu sebagai pengalaman yang amat bermakna menjelang fasa baharu dalam kehidupannya.

“Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.

“Tun M dan Tun Hasmah sudah 70 tahun bersama. Masya-Allah, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami. Amin,” katanya.

Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan tujuan sebenar pertemuan tersebut atau butiran lanjut mengenai nasihat yang dikongsikan oleh negarawan berkenaan.

Dalam hantaran sama, Bella turut mengakui berasa teruja kerana berpeluang bertemu secara peribadi dengan Tun Mahathir yang disifatkannya sebagai antara tokoh yang dikagumi sejak kecil.

“Tak sangka boleh ‘star struck’ teruk. Perasaan saya sama macam masa jumpa Lee Min-ho dan Afgan.

“Saya sangat mengagumi beliau sejak kecil. Bertemu secara peribadi terasa seperti mimpi. Terima kasih, Syed Saddiq,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.

Ada yang membuat spekulasi bahawa pasangan berkenaan menemui Tun Mahathir untuk menyerahkan kad jemputan majlis perkahwinan mereka yang dikatakan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button