Sidang tergempar OIC: PM minta Menteri Luar hubungi Turkiye, Arab Saudi
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghubungi pihak Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan kewajaran mengadakan sidang tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
“Sidang ini juga harus melibatkan negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap tegas menentang keganasan Israel,” maklumnya dalam satu kenyataan di Facebook beliau malam tadi.
Terdahulu, Perdana Menteri di Dewan Rakyat telah menyatakan sokongan Malaysia terhadap cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat OIC bagi membincangkan isu Palestin.
Memetik laporan Bernama, Duta Besar Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel memaklumkan bahawa republik itu menjalin kerjasama erat dengan negara ini dalam isu Palestin termasuk berkaitan penyelarasan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Beliau berkata perkara itu turut dibincang oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Anwar semasa lawatan dua hari Perdana Menteri ke Turkiye pada 21 Oktober lepas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








