JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita ditemukan meninggal dunia dalam rumah selepas jiran hidu bau busuk

SEREMBAN – Seorang wanita tempatan ditemukan meninggal dunia di dalam kediamannya di sebuah pangsapuri di Ampangan, di sini, selepas jiran mengesyaki bau busuk yang datang dari unit berkenaan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asistan Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.39 petang selepas dimaklumkan orang awam mengenai bau kurang menyenangkan yang dipercayai berpunca dari rumah mangsa.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seremban bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Rumah tersebut dibuka dengan bantuan pihak bomba sebelum polis menemukan mayat seorang wanita tempatan berusia 40 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia sejak lima hingga enam hari lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Related Articles

Beliau berkata, pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang tanda pergelutan, unsur jenayah mahupun kesan pecah masuk.

“Hasil siasatan juga mendapati mangsa tinggal bersendirian dan mempunyai sejarah masalah kesihatan,” katanya.

Menurutnya, pegawai perubatan mengesahkan kematian mangsa di lokasi kejadian sebelum mayat dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button