JENAYAH & MAHKAMAH

Peserta wanita Superbike Fighter 2.0 maut selepas motosikal hilang kawalan

KUALA TERENGGANU – Seorang peserta wanita program Superbike Fighter 2.0 maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Jambatan Kuala Ibai, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa berusia 40 tahun yang bekerja dalam sektor sumber manusia disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asistan Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Aprilia dari arah Gong Badak menuju ke sebuah inap desa di Dungun.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Related Articles

Menurut beliau, mangsa yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor difahamkan datang ke Terengganu bersama suaminya dengan menunggang motosikal secara berasingan bagi menyertai acara Superbike Fighter 2.0 yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat, manakala motosikal yang terlibat dibawa ke PUSPAKOM bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button