PRN Johor: Pengundi DUN Stulang beratur seawal 7.10 pagi
JOHOR BAHRU – Kira-kira 100 pengundi mula beratur di pusat mengundi Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang seawal jam 7.10 pagi ini meskipun proses pengundian hanya bermula sejam kemudian.

Tinjauan mendapati pengundi hadir lebih awal bagi mengelakkan kesesakan selain mahu menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat untuk memilih wakil rakyat yang bakal mewakili kawasan berkenaan.
Suasana di pusat mengundi itu dilihat tenang dan terkawal dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat persiapan terakhir sebelum pusat pengundian dibuka tepat jam 8 pagi.
Anggota keselamatan turut ditempatkan di kawasan pusat mengundi bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan teratur.
SPR menetapkan tempoh pengundian bagi PRN Johor berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
DUN Stulang menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Chen Kah Eng; calon Perikatan Nasional (PN), Lim Chin Eng; calon Barisan Nasional (BN), Bong Seng Heng serta calon Parti Bersama, Tan Boon Heng.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















