BISNES & EKONOMI

HashMicro X bantu pengeluar tingkat kecekapan melalui automasi AI

SINGAPURA – HashMicro hari ini melancarkan perisian HashMicro X, satu penyelesaian pembuatan natif kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk membantu pengeluar beroperasi dengan lebih pintar menerusi automasi proses kompleks di sepanjang kitaran hayat pengeluaran.

Pelancaran penyelesaian baharu itu bertujuan membantu industri pembuatan berdepan cabaran semasa, termasuk peningkatan kos operasi, ketidaktentuan rantaian bekalan serta kekurangan tenaga kerja yang terus memberi tekanan kepada sektor pembuatan global.

HashMicro dalam satu kenyataan hari ini berkata, berbeza dengan perisian konvensional yang hanya merekod dan memaparkan data, HashMicro X menggunakan AI bagi memberikan cadangan pintar selain mengautomasi pelaksanaan tugasan secara aktif untuk mengoptimumkan operasi harian.

Naib Presiden Komunikasi Strategik HashMicro, Syifa berkata, perniagaan masa kini memerlukan penyelesaian AI yang bukan sekadar memproses data, tetapi memahami konteks operasi bagi menterjemahkan maklumat kepada tindakan yang mampu meningkatkan produktiviti secara nyata.

“Melalui keupayaan analitik yang dipacu AI, sistem ini membolehkan pengeluar menjangka potensi masalah lebih awal, termasuk mengoptimumkan jadual pengeluaran berdasarkan ketersediaan bahan mentah serta mengenal pasti punca utama kecacatan produk melalui analisis data,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, HashMicro X dibangunkan untuk membantu syarikat membuat keputusan yang lebih pantas dan tepat, sekali gus mempertingkatkan kecekapan operasi dalam persekitaran pembuatan yang semakin mencabar.

“Teknologi ini diintegrasikan secara lancar ke dalam rangkaian perisian sedia ada HashMicro, sekali gus membolehkan syarikat bersaiz sederhana dan besar mengguna pakai AI tanpa menjejaskan keselamatan sistem atau skala operasi yang telah diwujudkan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button