BERITA SEMASAPMX

Malaysia, Thailand selesai isu akses pasaran sektor perikanan

PUTRAJAYA – Malaysia dan Thailand bersetuju menyelesaikan isu tertunggak berkaitan akses pasaran sektor perikanan menerusi pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) berkaitan dalam tempoh seminggu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menteri dari kedua-dua negara telah memberi komitmen untuk mempercepat pelaksanaan perjanjian itu bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan segera.

“Kita telah menyelesaikan isu tertunggak berkaitan sektor perikanan. Pada awalnya, kedua-dua menteri mencadangkan supaya memorandum itu dilaksanakan dalam tempoh satu setengah bulan.

“Bagaimanapun, kita bersetuju supaya ia dilaksanakan dalam tempoh seminggu,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, yang sedang mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia, hari ini.

Sementara itu, Anutin berkata, Malaysia kekal sebagai rakan dagang terbesar Thailand dalam kalangan negara anggota ASEAN, sekali gus mencerminkan kekuatan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara kini telah mencecah kira-kira USD28 bilion.

“Kami yakin sasaran USD30 bilion akan dapat dicapai dalam masa terdekat hasil kerjasama erat yang sedang dilaksanakan ketika ini,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua negara juga akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama bagi menetapkan sasaran perdagangan yang lebih tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button