Pelakon wanita dibebaskan dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR – Pelakon wanita berusia lingkungan 40-an yang ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Raja Chulan di sini semalam, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan perkara itu, lapor SH Online, hari ini.
“(Pelakon wanita) dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ringkas.
Laporan media semalam menyebut, serbuan Op Noda itu dilaksanakan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3.15 pagi.
Menurut sumber, pelakon wanita itu yang juga pernah menyertai rancangan realiti nyanyian, ditahan di dalam salah satu bilik VIP bersama beberapa individu lain.
Ujian saringan awal ke atas pelakon itu mendapati dia positif amphetamine, methamphetamine dan ketamin.
Hasil pemeriksaan turut mendapati premis terbabit gagal mengemukakan lesen perniagaan yang sah.
Sumber berkata, dalam serbuan itu seramai 14 orang ditahan terdiri penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita.
Kesemua mereka kemudian dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan selanjutnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


















