JENAYAH & MAHKAMAH

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan penahanan anak bekas perdana menteri

PETALING JAYA – Pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung penahanan anak kepada seorang bekas perdana menteri kerana disyaki memiliki dadah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kertas siasatan itu sedang dilengkapkan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan masih dijalankan,” katanya, hari ini.

Shazeli kelmarin mengesahkan bahawa lelaki berkenaan telah ditahan sehari sebelumnya selepas polis menemukan dadah dalam keretanya berhampiran Plaza Tol Damansara di Lebuhraya Sprint.

Penahanan itu dibuat dalam satu operasi pencegahan jenayah bersama oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di Damansara.

Polis turut merampas heroin serta beberapa barangan lain yang berkaitan dengan penggunaan dadah.

Difahamkan, suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button