BERITA SEMASAPMX

Kerajaan ambil serius, teliti faktor kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia merosot

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengambil serius kedudukan Malaysia yang merosot dalam Indeks Kebebasan Media Dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan meneliti faktor yang menyebabkan kedudukan Malaysia dalam indeks yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) itu jatuh selain meneruskan langkah memperkukuh kebebasan media tanpa mengabaikan kepentingan keselamatan serta keharmonian negara.

Jelas Anwar, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bersama pihak berkaitan perlu meneliti punca penurunan tersebut kerana penilaian RSF bukan hanya berdasarkan aspek kebebasan media, tetapi turut mengambil kira konteks politik, kerangka perundangan, ekonomi, sosial budaya serta keselamatan.

“Kalau ikut dasar, kita sepatutnya berusaha memperbaiki Indeks Kebebasan Media. Kita tahu dari tahun 2013 hingga 2022 kedudukan kita berubah-ubah dan sekarang ada masalah yang perlu diteliti selepas berlaku penurunan pada 2025.

“Jadi saya minta jawatankuasa termasuk Menteri Komunikasi, meneliti apa masalahnya walaupun secara relatif kedudukan kita masih baik,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai faktor kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2026 yang menurun ke tangga 95 berbanding 88 tahun lalu, serta langkah komprehensif kerajaan melindungi hak kebebasan media.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button