BMW digunakan PM hanya sementara, bukan kenderaan rasmi baharu
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan kenderaan BMW yang digunakan oleh Perdana Menteri adalah aset sedia ada milik Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA), bukannya kenderaan rasmi baharu.
Menurut kenyataan JPM, kenderaan tersebut disediakan bagi memenuhi keperluan rasmi negara, khususnya untuk kegunaan ketua-ketua negara dan ketua-ketua kerajaan bertaraf Presiden atau Perdana Menteri yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, selaras dengan keperluan protokol serta keselamatan antarabangsa.
Jelas kenyataan itu, kenderaan berkenaan memenuhi spesifikasi keselamatan tinggi yang direka untuk menahan ancaman balistik berkaliber tinggi, letupan dan pelbagai risiko keselamatan moden termasuk ancaman dron.
“Kenderaan itu dipilih untuk digunakan secara sementara oleh Perdana Menteri atas nasihat dan penilaian keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan kenderaan rasmi Perdana Menteri yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong sedang menjalani penyelenggaraan,” katanya hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















