
‘Menang atau kalah, saya masih Perdana Menteri’ – Anwar
KULAI – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihak lawan tidak perlu berkempen penuh agresif kerana menang atau kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 nanti, beliau tetap Perdana Menteri Malaysia.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, tiada keperluan untuk mana-mana pihak menggunakan kata-kata kurang enak kerana kehadiran beliau ke Johor bukan bertujuan untuk mencari gaduh.
“Menang PRN Johor, saya Perdana Menteri; kalah PRN Johor pun saya tetap Perdana Menteri. Saya kata begini bukan sombong cuma nak ingatkan, cakap cermat sikitlah, jangan lupa.
“Saya bukan datang untuk gaduh tetapi untuk beritahu, projek-projek seperti lebuh raya, Sistem Transit Rapid Link, Aliran Transit Automasi Bertingkat jangan bimbang, itu bidang kuasa Persekutuan, kita akan buat.
“Tetapi di Johor, rumah murah untuk rakyat, gerai-gerai untuk rakyat berniaga, itu kerajaan negeri punya bidang kuasa, bukan Persekutuan, jadi buatlah,” katanya ketika berucap pada Program Kita Genk Madani X Anak Muda Bukit Batu di Taman Tropika, di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berkata, pihaknya berharap supaya masyarakat Johor khususnya golongan muda tidak termakan hasutan segelintir pihak yang cuba untuk melaga-lagakan rakyat berbilang kaum di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















