The Roof Realty lakar sejarah rangkul dua pengiktirafan The Asia Records
KUALA LUMPUR – The Roof Realty melakar sejarah apabila muncul sebagai satu-satunya agensi hartanah negara yang merangkul dua pengiktirafan daripada The Asia Records hasil pencapaian cemerlang sepanjang 2025, termasuk merekodkan lebih 53,000 transaksi dengan Nilai Jualan Kasar (GSV) hampir RM20 bilion.
Pengiktirafan bertaraf serantau itu diberikan susulan prestasi luar biasa yang dipamerkan syarikat sepanjang tahun lalu sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju industri hartanah di Malaysia.
Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty, Datuk Wira Dr. Nicholas Yap berkata, kejayaan tersebut merupakan hasil usaha keras, komitmen serta integriti seluruh warga kerja agensi berkenaan.
Katanya, pencapaian merekodkan lebih 53,000 transaksi, nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada 2025 menjadi bukti kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi syarikat.
“Kejayaan merekodkan lebih 53,000 transaksi, mencapai nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada tahun 2025 adalah satu penanda aras yang membuktikan kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi bersama kami.
“Anugerah daripada The Asia Records ini akan terus menyuntik inspirasi kepada kami untuk menetapkan standard baharu dalam industri, selain memberi pulangan nilai yang lebih bermakna kepada pelanggan, rakan kongsi dan komuniti,” katanya.
Dalam majlis penganugerahan yang diadakan di ibu negara semalam, agensi hartanah itu menerima dua gelaran berprestij iaitu Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025 (Top Performing Million-Earner Agents in 2025) dan Jumlah serta Nilai Transaksi Kasar Jualan (GSV) Tertinggi 2025 (Highest Transaction Volume & Value (GSV) in 2025).
Ditubuhkan pada 2009, The Roof Realty kini berkembang sebagai antara agensi hartanah terbesar dan paling pesat membangun di negara ini dengan rangkaian ribuan perunding hartanah profesional di seluruh Malaysia.
Menurut Nicholas, pelaburan berterusan dalam program latihan komprehensif dan transformasi digital membolehkan syarikat membina reputasi kukuh dalam melahirkan pakar hartanah yang disegani selain memacu pulangan tinggi kepada perundingnya.
Beliau berkata, lonjakan prestasi syarikat pada 2025 menyaksikan The Roof Realty merekodkan sebanyak 53,626 transaksi hartanah dengan Nilai Jualan Kasar (GSV) berjumlah RM19,783,912,659 (RM19.7 bilion).
Katanya, pada tahun yang sama, agensi itu turut melahirkan 13 Ejen Hartanah Berpendapatan Sejuta, sekali gus membuktikan keberkesanan sistem latihan yang dibangunkan syarikat dalam melahirkan tenaga kerja berprestasi tinggi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Adjudikator (Chief Adjudicator) The Asia Records, Datuk KK Chua.
Beliau menyifatkan The Roof Realty sebagai contoh terbaik dalam pengurusan industri hartanah di rantau ini.
“The Roof Realty telah memamerkan tahap pengurusan dan kepimpinan yang sangat luar biasa dalam kalangan agensi hartanah di rantau ini.
“Impak mereka bukan sekadar diukur melalui nilai jualan RM19.7 bilion yang dicapai pada tahun 2025, tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah jumlah ejen yang berjaya membina kerjaya yang memberi inspirasi bersama mereka,” ujarnya.
Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan The Roof Realty boleh didapati di laman web rasmi syarikat di https://www.theroofrealty.com/.
hashtags #theroofdreamstartsfromhome
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















