Rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom
KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan Proton X50 dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Mukim Phrai Wan, Daerah Tak Bai, Wilayah Narathiwat, Thailand, hari ini.
Menurut SH Online, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11.41 pagi tadi (waktu tempatan).

Akibat letupan tersebut, dua lelaki berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, pihak berkuasa sedang mengawal lokasi kejadian serta menjalankan pemeriksaan.
Laluan di kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya, bermula dari Persimpangan Sapom hingga ke Kampung Saba Baharu, Daerah Tak Bai, bagi membolehkan Unit Pemusnah Bom (EOD) dan pasukan forensik menjalankan siasatan serta pemeriksaan terperinci di lokasi kejadian.
Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
“Saya nasihatkan orang ramai agar menangguhkan seketika perjalanan ke Thailand,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















