
PRN Johor: PH fokus khidmat rakyat, soal jawatan MB serah kepada Sultan – Dr Maszlee
JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) tidak memberi tumpuan kepada soal pelantikan Menteri Besar Johor, sebaliknya memberi fokus penuh kepada pendekatan kerja berpasukan serta usaha memperkukuh khidmat kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik berkata, isu jawatan berkenaan tidak menjadi perbincangan dalam kalangan kepimpinan gabungan itu kerana menghormati prerogatif Sultan Johor dalam urusan pelantikan Menteri Besar.
“Isu menteri besar kita tak bincangkan langsung kerana kita akur bahawa ikut Undang-Undang Tubuh Negeri, prerogatif untuk melantik menteri besar ialah kuasa Istana. Jadi, di penghujungnya Tuanku yang akan tentukan,” katanya memetik laporan Bernama, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas spekulasi di media sosial yang mengaitkan namanya sebagai antara calon utama Menteri Besar Johor daripada blok PH sekiranya gabungan itu menang pada PRN Johor ke-16.
Maszlee menegaskan, fokus utama PH ketika ini adalah menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat melalui pendekatan kolektif tanpa bergantung kepada mana-mana individu tertentu.
“Bagi kami, kita akan cuba beri yang terbaik, hatta kita rangka pendekatan untuk yang terbaik, servis yang terbaik, jadi kita tak bergantung kepada satu tokoh semata-mata.
“Kita kemukakan satu kumpulan, kalau kita kata 56, 56 itulah ‘Avengers’ kita,” katanya lagi.
Hari pengundian PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 7 Julai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













