Polis siasat penemuan jasad wanita dalam bagasi di rumah sewa
KAJANG – Polis mengesahkan penemuan jasad wanita dalam satu bagasi yang diletakkan di ruang tamu sebuah rumah, di Taman Impian Indah, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian kira-kira pukul 8.37 malam tadi.
“Susulan laporan itu, polis bersama pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati satu mayat wanita dijumpai dalam bagasi di ruang tamu rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, tiada pengenalan diri pada mangsa dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti identitinya.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum mati, atau penjara antara 30 hingga 40 tahun atau sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.
“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Nur Ayuni Aziz di talian 016-2080717 atau talian NG MERS 999 bagi membantu siasatan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













