Penemuan jasad remaja dalam beg, Polis Thailand tahan lelaki Australia
BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Australia selepas penemuan jasad seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dalam sebuah beg pakaian di Pattaya, semalam.
Menurut AFP, suspek yang berusia 46 tahun itu bagaimanapun menafikan terbabit dalam dakwaan penculikan dan pembunuhan remaja terbabit.
Jurucakap polis berkata, suspek ditahan selepas menjalani soal siasat.
Pegawai itu turut memberitahu, pihak penyiasat masih menunggu keputusan bedah siasat serta ābukti lainā sebelum sebarang pertuduhan difailkan terhadap suspek.
Katanya, pertuduhan yang boleh dikenakan termasuk menculik kanak-kanak, membunuh, menyembunyikan mayat dan āmenculik seorang bawah umur bagi tujuan seksualā.
Media tempatan melaporkan, suspek ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok, semlaam ketika cuba membeli tiket penerbangan ke Perth, Australia.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memasuki sebuah kondominium di Pattaya bersama remaja perempuan warga Thailand itu, awal pagi Khamis.
Beberapa jam kemudian, suspek dilaporkan keluar dari bangunan berkenaan sambil membawa sebuah beg pakaian besar berwarna hitam sebelum mengangkutnya menggunakan motosikal.
Polis kemudian menemukan beg pakaian itu berhampiran landasan kereta api, semalam dan menemukan jasad mangsa yang mempunyai kesan keganasan, menurut portal berita tempatan, Pattaya News.
Bulan lalu, Thailand mengurangkan tempoh visa tanpa permit bagi pelancong susulan beberapa penahanan berprofil tinggi membabitkan warga asing atas kesalahan dadah, pemerdagangan seks dan mengendalikan perniagaan tanpa lesen.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






