Polis tahan lelaki disyaki tetak abang
GEORGETOWN – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun kerana disyaki menetak abangnya sendiri dalam kejadian di rumah kebun buah-buahan di Paya Terubong, Air Itam, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 3.30 petang kelmarin.
Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa difahamkan ke lokasi tersebut bagi melawat kebun durian.
“Mangsa mendapati pelbagai barangan di rumah kebun itu mengalami kerosakan dan mengesyaki perbuatan berkenaan dilakukan suspek.
“Mangsa kemudian menegur suspek berhubung kerosakan itu sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
“Semasa pertengkaran, suspek mengambil sebilah parang dan menetak mangsa tiga kali sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah, mangsa yang cedera kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.
Suspek berjaya ditahan di hari yang sama di belakang rumah tempat kejadian dengan bantuan unit pengesan K-9.
“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Jun bagi siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




