BERITA SEMASA

Fahmi santuni warga emas, pesakit terlantar menerusi Ziarah Kasih JaPen

SERI MENANTI – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, hari ini meluangkan masa menyantuni golongan memerlukan menerusi Program Ziarah Kasih Jabatan Penerangan (JaPen) yang berlangsung di sekitar Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Inisiatif di bawah Kementerian Komunikasi itu merupakan manifestasi komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan golongan asnaf, warga emas dan pesakit terlantar sentiasa terbela.

Dalam lawatan tersebut, beliau berkesempatan menziarahi dua penerima bantuan daripada Komuniti MADANI Gugusan Terachi dan Gugusan Gunung Pasir, sekali gus menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban kehidupan mereka.

“Salah seorang penerima, Umi Kalsum, 70, kini berdepan masalah saraf dan radang mulut kronik yang menjejaskan keupayaannya untuk makan, minum serta bertutur dengan baik.

“Seorang lagi penerima, Haji Hussin, 92, mengalami masalah saraf dan pendengaran, selain bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda untuk pergerakan harian,” menurut kenyataan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) hari ini.

Program itu merupakan inisiatif kerajaan bagi memperkukuh hubungan dengan rakyat, selain menyalurkan bantuan kebajikan secara bersasar kepada golongan memerlukan.

Program ini mencerminkan keperihatinan kerajaan agar tiada golongan yang tercicir daripada menerima perhatian serta sokongan sewajarnya.

Langkah ini adalah komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan serta sokongan moral sampai kepada pihak yang benar-benar memerlukan.

Program yang dikelolakan oleh JaPen itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan.

Usaha turun padang itu dilihat sebagai langkah proaktif pihak kementerian dalam menyelami denyut nadi rakyat, sekali gus memastikan keberkesanan sistem penyampaian bantuan kerajaan sampai ke golongan sasar dengan lebih efektif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button