BERITA SEMASA

Lapan rumah musnah dalam kebakaran di Perkampungan Diraja Kuala Perlis

KANGAR – Kebakaran di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis awal pagi tadi menyebabkan lapan buah rumah hangus terbakar 100 peratus.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Nor Ahmad Zaki Ashrafi Nor Azli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 3.38 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, 17 anggota dari BBP Kuala Perlis dan BBP Kangar digerakkan ke lokasi kebakaran untuk tindakan lanjut.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh 30 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Simpang Empat, Padang Besar, Kuala Perlis dan Pauh bersama seorang anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB).

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan keluaran operasi mendapati kebakaran terbabit memusnahkan lapan buah kediaman.

“Selain rumah, sebuah motosikal turut hangus dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dikawal daripada terus merebak pada pukul 4.40 pagi, sebelum operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada pukul 8.13 pagi.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.

Beliau berkata, pasukan forensik bomba sedang menjalankan kerja-kerja siasatan terperinci di lokasi.

“Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button