BERITA SEMASA

Jaslinda ditemui selamat

CYBERJAYA – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang sebelum ini hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak sejak 23 Mei lalu, ditemui dalam keadaan selamat sekitar pukul 3 petang tadi.

Penyelaras sukarelawan Orang Asli, Chew Ho Beng, mangsa ditemui penduduk di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Gaharu.

Menurut hantaran di Facebook Bomba Perak, Jaslinda ditemui oleh Nazri a/l Bah Eng yang kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Jaslinda kemudiannya dibawa ke Kampung Lubuk Gaharu dan kini berada di rumah Tok Batin kampung berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu, namun tidak mengulas lanjut

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button