BERITA SEMASA

Agong terima mengadap Pengerusi SPR di Istana Negara

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam satu pertemuan yang berlangsung di Istana Negara, semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.

Menurut hantaran tersebut, sesi mengadap berkenaan berlangsung pada 4 Jun 2026 (Khamis) di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Ramlan.

“Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 4 Jun 2026 (Khamis),” menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, hantaran berkenaan tidak memperincikan perkara yang dibincangkan dalam sesi mengadap tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button