BERITA SEMASA

Lebuh raya utama sesak, ramai ambil peluang sambung cuti

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan susulan pertambahan kenderaan sempena cuti hujung minggu, cuti persekolahan serta cuti umum esok.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, antara laluan yang mengalami kesesakan arah utara di Lebuh Raya Utara-Selatan ialah dari Tapah ke Gopeng serta Jawi menuju Bandar Cassia.

Bagi arah selatan pula, trafik perlahan dilaporkan dari Kepala Batas ke Plaza Tol Hutan Kampung, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Plaza Tol Juru, Jawi ke Bandar Baharu, Taiping Utara ke Changkat Jering serta Kuala Kangsar ke Terowong Menora.

Di selatan tanah air, aliran trafik turut meningkat di beberapa laluan arah utara melibatkan Skudai ke Kulaijaya, Yong Peng Utara ke Pagoh, Senawang ke Port Dickson serta Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar.

Sementara itu, arah selatan pula mengalami keadaan sama dari Putra Mahkota ke Nilai Utara, Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Hentian Sebelah Senawang ke Pedas Linggi, Pedas Linggi ke Simpang Ampat serta Sedenak ke Kulaijaya.

LLM turut memaklumkan kesesakan berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah barat dari Bentong menuju Bukit Tinggi, manakala arah timur melibatkan laluan dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Plaza Tol Gombak serta Gombak ke Genting Sempah.

Selain itu, aliran trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) arah barat dari Temerloh ke Lanchang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button