JENAYAH & MAHKAMAH

Insiden tembak lembu korban, polis akan panggil MB Perlis

KANGAR – Polis akan memanggil Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah bagi membantu siasatan mengenai seekor lembu korban yang ditembak di Kuala Perlis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop, pihaknya mengambil maklum mengenai rakaman video yang menjadi tular di media sosial sejak semalam.

BACA JUGA:
‘Saya bukan tembak suka-suka, lembu itu mengamuk’ – MB Perlis

Setakat ini, katanya, polis belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu, namun siasatan awal telah dijalankan.

“Insiden itu sudah berada dalam pengetahuan pihak polis. Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan,” katanya, hari ini, lapor KOSMO.

Menurut beliau, siasatan terperinci turut dijalankan bagi mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam kejadian berkenaan.

“Sama ada peluru yang digunakan itu adalah peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan. Kita akan panggil Menteri Besar untuk mendapatkan keterangan berkaitan isu ini,” ujarnya.

Laporan media sebelum ini menyebut, kejadian tersebut berlaku pada Program Korban Perdana Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, di sini semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button