BERITA SEMASA

Wartawan kekal benteng utama tangkis berita palsu

CYBERJAYA – Golongan wartawan kekal sebagai benteng utama dalam menyampaikan maklumat sahih di sebalik cabaran lambakan berita palsu pada masa kini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, wartawan perlu berdiri di barisan hadapan sebagai pelindung integriti maklumat ketika fitnah boleh tersebar dalam sekelip mata dan persepsi sering mengatasi realiti.

“Peranan wartawan tidak terbatas kepada mencatat peristiwa, tetapi menjadi suara penting yang menegakkan kebenaran ketika masyarakat berdepan kekeliruan dan spekulasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA), hari ini.

Beliau seterusnya berkata, setiap berita perlu diteliti, disahkan dan diikuti dengan rasa tanggungjawab kerana kepercayaan masyarakat lahir daripada kejujuran serta konsistensi pengamal media.

“Apabila integriti dijadikan pegangan dan kebenaran menjadi keutamaan, wartawan terus berdiri sebagai benteng maklumat yang sahih kerana pada akhirnya, kewartawanan bukan hanya tentang menyampaikan berita tetapi tentang memelihara amanah dan mempertahankan kepercayaan,” katanya lagi.

Sambutan HAWANA 2026 dijadual berlangsung di Pulau Pinang pada 20 Jun ini dengan tema “Media Berintegriti, Teras Krediasbiliti” bagi memperkasakan peranan pengamal media dalam pembangunan negara.

Majlis kemuncak sambutan tahunan bagi menghargai jasa golongan pengamal media itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button