Berita Semasa

Dipanggil balaci: Pembantu Shila Amzah tempelak Amir Syafiq

KUALA LUMPUR – Konflik melibatkan Shila Amzah dan adik beradiknya terus berlarutan apabila pembantu penyanyi terkenal itu menempelak adik lelaki Shila, Amir Syafiq yang memanggilnya sebagai balaci ketika mengadakan siaran langsung di TikTok, kelmarin.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Aini menyatakan sudah 13 tahun dia bersabar dengan perangai adik beradik Shila.

“Aku ni 13 tahun kerja. Luar dalam korang semua ada kat tangan aku. Aku selama ini sabar ja dengan perangai sorang-sorang. Macam-macam benda aku buat yang bukan kerja aku pun aku buat.

“Aku diam ja tak kacau hidup korang. Kau sedap panggil aku balaci. Sabar dan hormat aku dah habis sejak semalam. Sampai mati aku ingat each and everyone of you,” tulisnya.

Dalam pada itu, dakwa Aini lagi, Amir Syafiq, 30, hanya ‘bersembunyi’ di dalam rumah ketika diajak untuk bersemuka.

Menjelaskan dakwaan bersikap biadab terhadap ibu Shila, Fauziah Sarman, Aini berkata wanita itu telah menyebut nama ibunya terlebih dahulu serta menggelar dirinya sebagai anak tak berguna.

Sebelum ini, perang antara adik beradik itu bermula selepas adik Shila, Syada mendakwa seperti dihalau selepas Shila mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Show More

Related Articles

Back to top button