BERITA SEMASAPMX

Kerajaan bincang tambah kuota subsidi p-hailing Selasa ini

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan membincangkan peningkatan had kuota petrol bersubsidi BUDI95 bagi p-hailing pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Selasa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan peningkatan kuota kepada 250 liter sebulan itu adalah bagi membantu meringankan beban pekerja gig di negara ini, lapor BH Online.

“Mesyuarat hari Selasa ini, saya akan bawa dalam mesyuarat, bincang. Sebab dia (pemandu p-hailing) dapat 200 liter sama macam kitalah, RON95, 200 sahaja liter.

“Jadi saya kata, nanti saya peringatkan saudara Fahmi (Datuk Fahmi Fadzil), kita cari jalan kalau sekurang-kurangnya naik 50 (liter), (menjadi) 250 (liter),” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Negeri Johor di Dewan Terbuka PPR Taman Desa Mutiara, di sini hari ini.

Anwar berkata cadangan itu tercetus hasil inisiatif beliau sendiri yang turun padang untuk bertanya dan mendengar keluhan golongan penghantar makanan mengenai kuota sedia ada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button