BERITA SEMASA

Anggota polis meninggal dunia selepas rebah ketika latihan kawad

SEPANG – Seorang anggota polis meninggal dunia sewaktu menjalani aktiviti berkawad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, di sini hari ini.

Hantaran di Facebook Polis Selangor memaklumkan, Koperal Khairil Idzhar Rodzi, 36, yang bertugas di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda, rebah sewaktu menjalani aktiviti kawad.

Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di IPD Sepang.

Berdasarkan maklumat awal, punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan isteri yang juga Pengerusi PERKEP Selangor, menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian Allahyarham Khairil dalam hantaran tersebut.

Related Articles

“Allahyarham dilaporkan telah berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 17 tahun dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada Polis Kontinjen Selangor,” kata hantaran tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button