BERITA SEMASA

Banjir Bandar Baharu: 12 di tempatkan di PPS

BANDAR BAHARU – Dua belas keluarga dari Kampung Sungai Tengas di sini dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Keda Sungai Tengas malam tadi selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS dibuka susulan limpahan Sungai Tengas selepas hujan lebat lebih dua jam.

Menurut beliau, kejadian banjir kilat tersebut melanda lima buah kampung yang terletak di bawah pentadbiran empat mukim, iaitu Mukim Sungai Batu, Selama, Bagan Samak, dan Serdang.

Seramai 12 keluarga di Kampung Sungai Tengas dan dua keluarga di Kampung Air Itam Dalam terjejas akibat bencana tersebut.

Turut terlibat ialah masing-masing satu keluarga dari Kampung Cherok Meranti, Kampung Paya Salak, serta Kampung Batu Hampar.

Menurutnya, kawasan Sungai Tengas masih berada pada tahap bahaya, manakala sungai utama lain dilaporkan mulai surut.

“Trend Sungai Air Itam juga menunjukkan paras air semakin menurun walaupun dua rumah masih dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai di Kedah melepasi paras amaran iaitu Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang dan Sungai Chepir di Ulu Jerai, Sik, manakala Sungai Ketil di Kampung Bongor, Baling berada pada paras waspada.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button