BERITA SEMASA

28 rumah di Pekan Nanas rosak dilanda ribut

PONTIAN – Sebanyak 28 rumah di Kampung Melayu Raya Rizab 1, Jalan Tahfiz, Pekan Nanas rosak selepas dilanda ribut dalam kejadian petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas digerakkan ke lokasi.

“Operasi diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Satu, Md Bakhtiar Chik bersama sembilan anggota,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JBPM berkata, setibanya di lokasi, pasukan mendapati ribut berkenaan menyebabkan kerosakan puluhan kediaman penduduk.

“Bagaimanapun, semua penghuni dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya lagi.

Sehingga jam 6 petang, operasi pemantauan masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan terkawal.

Pihak bomba turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terutama ketika cuaca tidak menentu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Terdahulu, beberapa video kejadian tular di media sosial memaparkan pusaran angin kuat yang menyebabkan objek seperti kepingan zink berterbangan.

Rakaman berasingan turut menunjukkan keadaan bumbung rumah penduduk rosak dan runtuh akibat ribut berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button