BERITA SEMASA

6 NGO desak tindakan tegas terhadap individu hina Sultan Selangor

SEPANG – Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari sekitar daerah ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini berhubung isu penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan terbabit, Al Rasyid Ab Rani berkata, laporan itu dibuat sebagai tanda kesetiaan rakyat kepada institusi diraja seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

Menurutnya, Sultan bukan sahaja lambang perpaduan negeri, malah berperanan sebagai ketua agama Islam yang perlu dihormati dan dipertahankan.

Tambahnya, Rukun Negara jelas menyatakan “Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ diikuti lagu negeri Selangor yang turut menekankan penghormatan kepada Sultan.

“Peranan Sultan amat besar, termasuk campur tangan baginda dalam isu-isu melibatkan kepentingan agama dan rakyat,” katanya, hari ini.

Enam NGO tersebut terdiri daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PEKIMA), Warisan Empauar Dengkil, Persatuan Silat Tempur Langkah Timah, Komuniti Belia Taman Anggerik dan Amal Rief Malaysia (Arif) Sepang.

Al Rasyid kemudian turut menegaskan sokongan terhadap titah Sultan berkenaan isu penternakan babi yang disifatkan mempunyai lebih banyak kesan negatif berbanding manfaat, khususnya kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, wakil Timbalan Pengerusi PEKIDA Sepang, Sabudin Jantan berkata, setakat ini enam laporan telah dibuat oleh gabungan NGO di daerah Sepang dan berkemungkinan lebih banyak laporan akan menyusul selepas ini.

Katanya,beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menghina institusi kesultanan.

Laporan media sebelum ini menyebut, siasatan mengenai penghinaan ke ats Sultan Selangor tersebut dilaksanakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknuya sudah menerima laporan mengenai penularan gambar yang disunting berkenaan dengan kertas siasatan sudah dibuka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button