JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak lelaki 10 tahun dikhuatiri lemas, dihanyut arus longkang ketika hujan lebat

KUALA SELANGOR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam, di sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.47 malam sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau, pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 8.13 malam berikutan jarak perjalanan sejauh kira-kira 25 kilometer.

“Berdasarkan maklumat awal daripada orang awam, mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat dalam kejadian sekitar pukul 3.30 petang semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button