BERITA SEMASA

Remaja 15 tahun hilang lebih seminggu di Kajang

KAJANG – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Noor Atikah Mohd Aiman dilaporkan hilang sejak 19 April lalu di sekitar kawasan ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada jam 6.32 petang hari sama.

Menurutnya, mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 4.30 pagi pada 19 April.

“Remaja berkenaan berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram, berambut lurus dan berkulit sawo matang.

“Lokasi terakhir mangsa dikesan di No. 46, Jalan Good View Height 9, Kajang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button