JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dirakam tendang kereta di plaza tol ditahan

KAJANG – Polis menahan seorang lelaki selepas video tindakannya menendang sebuah kereta menjadi tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video berdurasi kira-kira satu minit 26 saat di media sosial yang memaparkan kejadian tersebut.

“Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 petang (dan) kita telah menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Kereta Proton Saga yang dipandu mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri kerana disyaki ditendang oleh suspek” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian tersebut berlaku di Plaza Tol Kajang, Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) menghala ke selatan, di sini semalam.

Bertindak atas laporan diterima, Naazron berkata, sepasukan anggota dan pengawal dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang menahan seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun di sekitar Kajang, petang tadi bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

“Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas selain memandu secara berhemah demi keselamatan bersama,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button