BERITA SEMASASUKAN

Azizulhasni raih gangsa dalam Piala Dunia Trek

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terus membuktikan kehebatannya apabila menghadiahkan pingat gangsa dalam acara pecut Piala Dunia Trek di Velodrom Nasional, semalam.

Pingat berkenaan diraih selepas beliau menewaskan pelumba AIN (Russia), Nikita Kiriltsev menerusi dua perlumbaan berturut-turut dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Azizulhasni yang mendapat sorakan padu ribuan penyokong mempamerkan kayuhan bertenaga sebelum memintas pencabarnya di penghujung perlumbaan untuk muncul pemenang.

Terdahulu, pelumba berusia 38 tahun yang dikenali sebagai “The Pocket Rocketman” itu terlepas peluang ke final selepas tewas 2-1 kepada wakil Trinidad dan Tobago, Nicholas Paul dalam saingan separuh akhir.

Sementara itu, pingat emas dimenangi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen selepas menundukkan Paul 2-0 dalam perlumbaan akhir.

Lebih bermakna, kejohanan di Nilai ini membawa nilai sentimental tersendiri buat Azizulhasni apabila ia berkemungkinan menjadi penampilan terakhirnya di laman sendiri dalam pentas antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button