JENAYAH & MAHKAMAH

Penganggur ditahan, ekstasi hampir RM600,000 dirampas

ALOR GAJAH – Seorang penganggur ditahan bersama dadah jenis ekstasi bernilai hampir RM600,000 selepas dikesan memandu secara mencurigakan di Lebuhraya Pedas-Ayer Keroh, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan selepas kenderaan jenis Proton S70 dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemukan bahan terlarang tersebut yang disembunyikan di dalam sebuah beg berwarna hitam di tempat duduk belakang.

“Siasatan mendapati suspek dipercayai baharu kira-kira lima bulan aktif dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran tempatan dan dianggarkan boleh digunakan oleh seramai 13,147 penagih,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati negatif, namun semakan rekod lampau mendapati lelaki itu mempunyai empat rekod berkaitan kes dadah.

Katanya, suspek kini direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika sabit kesalahan, suspek berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button