8 maut nahas helikopter di Kalimantan Barat
JAKARTA – Lapan individu disahkan maut selepas sebuah helikopter yang dilaporkan hilang ditemui terhempas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia semalam, menurut pasukan penyelamat.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, serpihan pesawat ditemukan orang awam pada awal pagi sebelum operasi mengesan mangsa digerakkan ke lokasi nahas.
Pegawai penyelamat, Leftenan Kolonel Nurrachman Gindha Dradhizya berkata, setakat ini tujuh mangsa berjaya dikenal pasti kedudukannya, dengan sebahagian mereka telah dikeluarkan.
“Empat mayat telah dipindahkan dan dimasukkan ke dalam beg mayat, manakala tiga lagi masih berada dalam bangkai helikopter,” katanya.
Menurut manifes penerbangan, helikopter itu membawa lapan orang ketika kejadian.
Dalam pada itu, agensi berita antarabangsa turut memaklumkan bahawa keadaan geografi dan cuaca di kawasan hutan pedalaman Kalimantan menyukarkan usaha menyelamat, selain faktor pencahayaan yang terhad pada waktu malam.
Mayat seorang lagi mangsa masih belum ditemukan setakat ini.
Operasi mengeluarkan baki mangsa bagaimanapun terpaksa dihentikan sementara berikutan keadaan gelap.
Pasukan penyelamat dijangka menyambung semula operasi pada pagi ini, termasuk usaha memotong bangkai helikopter bagi mengeluarkan mayat yang masih terperangkap.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








