BERITA SEMASASUKAN

Kanak-kanak Malaysia cipta sejarah sertai HYROX Youngstar Olympia di London

KUALA LUMPUR – Keberanian kanak-kanak perempuan Malaysia, Maryam Marissa Sani Suffian mencuri tumpuan apabila berjaya mengharungi cabaran sukan lasak bertaraf antarabangsa, HYROX Youngstar Olympia yang berlangsung di London, United Kingdom, baru-baru in

Maryam Marissa, 11, muncul sebagai peserta kanak-kanak pertama negara yang menyertai cabaran sukan lasak berkenaan sebelum berjaya menamatkan keseluruhan acara yang disertai peserta berusia antara lapan hingga 15 tahun dari seluruh dunia itu.

Antara disiplin yang perlu ditempuh termasuk penggunaan mesin ski, menolak dan menarik beban, membawa pemberat, selain pelbagai latihan kekuatan kaki dan senaman fizikal intensif.

Menurut Megaklinik Dr Suffian (MKDS), pencapaian Maryam bukan sekadar penyertaan biasa, sebaliknya menjadi bukti keberkesanan pendekatan pembangunan fizikal dan mental yang dilaksanakan pihaknya.

“Beliau merupakan peserta pertama dari Malaysia yang menyertai dan menamatkan HYROX Youngstar, satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Kejayaan ini juga menjadi manifestasi awal kepada Protokol Pengoptimuman Pertumbuhan Kanak-kanak MKDS yang menggabungkan pemantauan komposisi badan, pemakanan seimbang, kualiti tidur dan penambahbaikan biomarker secara menyeluruh,” menurut MKDS dalam satu kenyataan.

hyrox
Penyertaan Maryam Marissa Sani Suffian dalam HYROX Youngstar Olympia menjadi bukti ketahanan fizikal dan mental generasi muda negara di pentas sukan global.

Baca juga : MKDS lakar sejarah, terima dua pengiktirafan MBOR

Maryam yang juga Duta Muda MKDS mula melibatkan diri dalam aktiviti lasak seawal usia tiga tahun dan pernah menyertai pelbagai kejohanan seperti Spartan Kids serta larian Fun Run sejauh lima hingga 10 kilometer.

Sementara itu, MKDS menjelaskan pendekatan yang diperkenalkan bukan hanya memfokuskan aspek fizikal, malah menekankan pembangunan fisiologi yang kukuh, ketajaman fokus serta daya tahan mental dalam persekitaran selamat dan tersusun.

Menurutnya, peningkatan kes obesiti dan penyakit metabolik dalam kalangan kanak-kanak menuntut pendekatan intervensi awal yang lebih proaktif dan berasaskan data.

“Pendekatan ini membantu membentuk keyakinan diri, fokus yang lebih baik serta pemikiran positif dalam kalangan kanak-kanak, sekali gus melahirkan generasi yang lebih berdaya tahan,” katanya.

Dalam pada itu, HYROX merupakan pertandingan kecergasan global yang menguji kekuatan fizikal, ketahanan mental dan disiplin diri melalui gabungan larian serta latihan fungsional berintensiti tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button