BERITA SEMASA

PM arah MoF segera teliti mekanisme penyasaran subsidi diesel

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan (MoF) supaya segera meneliti proses penyasaran subsidi diesel dengan menggunakan mekanisme yang telah dilaksana bagi program BUDI95.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Anwar mengarahkan sedemikian ketika mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan beliau, di sini hari ini

“Perdana Menteri telah meminta MoF untuk meneliti segera proses penyasaran subsidi diesel dengan menggunakan mekanisme seperti yang telah dilaksanaa bagi BUDI 95.

Pihak MoF akan diminta membentangkan sama ada dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) atau mesyuarat Jemaah Menteri, minggu akan datang,” kata Fahmi hari ini.

Fahmi yang juga Mentri Komunikasi berkata demikian dalam sidang media mingguan pasca-Kabinet, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button