BERITA SEMASA

Peguam veteran ditemukan maut dalam kebakaran

GEORGETOWN – Seorang bekas peguam terkenal antara dua ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah pejabat guaman di Lebuh King, di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, Datuk San Markan ditemukan berhampiran tingkap dalam keadaan duduk di atas kerusi pada pukul 1.05 tengah hari.

Tambahnya, satu lagi mangsa, Chandra Binwani Jiwatram, 60, ditemukan berhampiran dinding, di bawah timbunan fail, pukul 3.26 petang.

Shoki berkata kedua-dua mangsa ditemukan tidak jauh antara satu sama lain, namun berada di lokasi berasingan dalam premis itu, lapor HM Online.

Beliau berkata, asap tebal dipercayai berpunca daripada jumlah fail kertas yang banyak disimpan dalam bangunan itu, berkemungkinan menjadi faktor kepada kematian mangsa.

“Kami percaya kematian adalah akibat terhidu asap, namun perkara ini akan disahkan oleh pihak forensik dan hospital,” katanya.

Jasad kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button