Bekas pengarang akhbar ditemukan meninggal dunia dalam kereta
KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarang akhbar berbahasa Inggeris tempatan ditemukan meninggal dunia dalam kereta di hadapan sebuah premis di Batu Caves, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Joshua Purushotman, 66, ditemukan orang ramai dalam kenderaan itu kira-kira pukul 7.50 malam kelmarin.
Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kenderaan berkenaan.
“Pihak polis menerima laporan mengenai lelaki itu dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Batu Caves.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kematian mangsa adalah akibat penyakit jantung.
“Hasil pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kematian berpunca daripada penyakit jantung,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








