BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

SPRM reman pegawai kanan, pengurus disyaki terima rasuah RM2 juta

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang pegawai kanan teknikal dan seorang pengurus cawangan sebuah anak syarikat milik kerajaan atas tuduhan rasuah berjumlah RM2 juta.

Wang berkenaan disyaki diminta dan diterima daripada sebuah syarikat teknologi maklumat dan perkakasan berkaitan kontrak penyelenggaraan sistem telekomunikasi di selatan negara ini.

Perintah reman lima hari sehingga 12 April 2026 dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut sumber, suspek utama berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira pukul 5.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur, manakala suspek kedua berusia lingkungan 50-an ditahan pukul 4 petang di pejabatnya.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai bersubahat antara tahun 2021 hingga 2023 dan menerima rasuah secara bulanan kira-kira RM60,000, termasuk wang tunai,” kata sumber itu.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button