LUAR NEGARA

AS, Israel serang Pulau Kharg

ISTANBUL – Amerika Syarikat (AS) dan Israel dilaporkan menyerang Pulau Kharg milik Iran, hari ini.

Menurut agensi Anadolu yang memetik media Iran, pesawat perang AS dan Israel melakukan beberapa siri serangan udara di pulau itu menyebabkan beberapa letupan.

Difahamkan, serangan itu menyasarkan kedudukan pertahanan tentera Iran.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengeluarkan amaran keras terhadap Iran dengan menyatakan negara itu boleh “dilenyapkan sepenuhnya dalam satu malam” sekiranya Tehran gagal mematuhi tuntutan Washington dalam konflik ketenteraan yang sedang memuncak.

Kenyataan tersebut disampaikan Trump dalam sidang media di White House ketika ditanya mengenai hala tuju perang dan tarikh akhir yang ditetapkan Amerika Syarikat kepada Iran.

Dakwa Trump, Amerika Syarikat mempunyai keupayaan ketenteraan untuk melancarkan serangan menyeluruh yang boleh melumpuhkan keseluruhan infrastruktur kritikal Iran dalam masa beberapa jam sahaja.

Beliau menegaskan, tarikh akhir sehingga Selasa, pukul 8 malam waktu Timur AS, diberikan kepada Iran untuk bersetuju dengan satu perjanjian yang ditetapkan Washington atau “berdepan serangan besar-besaran.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button